AUTHOR'S SPACE

Ruangan ini diwujudkan untuk berkongsi pengalaman dan latar belakang pemilik Blog Shah Travel Diary kepada pembaca.


TARIKH KELAHIRAN

Dilahirkan sebagai anak bongsu daripada 4 adik beradik dan diberikan nama "Shahasif" sempena perkenan nama Doktor Hasif yang menyambut kelahiranku.

Dilahirkan ketika laungan azan Solat Jumaat, tidak sempat ibuku menanyakan jantina, saya pancut dulu bak air pancut di Alamanda dan KLCC.

Ibu saya pun terdiam, dan berkata di dalam hati "Lelaki lagi...." Maka, genap lah kami berempat sebagai adik beradik lelaki.

Tarikh kelahiran adalah 19 December 1986.


SEKOLAH RENDAH

Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Jalan Semenyih, Kajang

Dari tahun 1993 sehingga 1998, saya bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Jalan Semenyih. Masa ini lah saya mempelajari kehidupan yang berada diluar rumah.

Banyak perkara yang menarik berlaku pada ketika ini. Zaman kanak-kanak yang tidak ternilai harganya, membentuk diri saya hingga kini.

Pernah mencuri, pukul orang, kacau orang. Semuanya untuk proses menjadikan diri lebih matang.


SEKOLAH MENENGAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang

Bermula langkah ke zaman remaja di sekolah All-Boys School selama tiga tahun bermula dari tahun 1999 sehingga 2001.

Waktu ini dilantik sebagai Pengawas Sekolah bermula di Tingkatan 2 oleh cikgu Disiplin, Cikgu Lee (Wow.. Tidak sangka saya ingat lagi nama cikgu ini).

Sejak dari ini lah kulit saya terbakar akibat dijemur di tengah panas menjaga Pintu Depan, Pintu Belakang dan pelbagai lagi jenis pintu.


Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

Selepas PMR, pada tahun 2002, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di SMTKL di dalam bidang Lukisan Kejuruteraan.

Namun, jangka hayat saya disini tidak lama dimana saya menerima tawaran yang lain. Saya hanya berada di sini selaama 3 bulan sahaja.


Maktab Rendah Sains MARA Jasin, Melaka

Saya merupakan antara pelajar yang dipanggil kedalam MRSM untuk pengambilan yang kedua. Saya masih ingat lagi No Pendaftaran saya : 02501 :)

Saya berada di sini selama 2 tahun, bermula pada tahun 2002 sehingga 2003 di dalam bidang Sains Hayat sehingga tamat SPM.


Program Latihan Khidmat Negara Batch 1, Kem Segari Lumut

Sebagai batch yang pertama bagi sesi PLKN ini, saya banyak mendapat pengalaman yang berharga seperti Ops Burung Hantu dan sebagainya.

Boleh dikatakan penguatan jati diri saya ini datangnya daripada hasil latihan di sepanjang PLKN.


KOLEJ / UNIVERSITI

Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak

Setelah tamat pengajian di MRSM serta mengikuti kursus PLKN selama 6 bulan, saya menerima tawaran ke Kolej Matrikulasi Johor yang terletak di Tangkak.

Sewaktu setahun saya berada di sini, saya telah ditempatkan di bidang Fizik disebabkan pencapaian Fizik saya lebih hebat berbanding dengan Sains sewaktu SPM.

Bermula pada tahun 2004 sehingga 2005, waktu ini lah saya mula berkenalan dengan isteri saya, Nurul Ileani (penghujung tahun 2004).

Saya di Kolej Matrikulasi Johor dan si dia belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Memang ini lah yang dinamakan jodoh :)


Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Saya sempat bersama-sama dengan nama KUKUM selama setahun sebelum diiktiraf menjadi universiti oleh pihak MQA.

Di sini, saya mendapat tawaran di dalam bidang Kejuruteraan Micro-Electronik, memfokuskan kepada teknologi-teknologi canggih seperti pembuatan Micro-Transistor.

Bermula pada tahun 2005, saya berjaya menamatkan pengajian saya pada tahun 2009 dengan CGPA lebih rendah dari 4.0.

No Pendaftaran saya : 051010663


1 comment: