Thursday 10 August 2017

HistoryCon Malaysia 2017 - Part 2 (Lists of Activities)

Kini masuk ke bahagian kedua untuk upacara History Convention 2017 bertempat di MAEPS, Serdang baru-baru ini. Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh klik >sini< untuk ke post yang pertama.

 

Untuk bahagian kedua ini, saya akan berkongsi dengan anda berkenaan dengan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang HistoryCon Malaysia 2017 ini dijalankan.

Sudahkah anda bersedia? Ayuh kita teruskan kepada aktiviti yang pertama.

~ HistoryCon Malaysia 2017 - Main Stage ~

 

Tidak putus-putus aktiviti dan pertunjukkan yang dilaksanakan pada pentas utama HistoryCon Malaysia 2017 ini dimana setiap hari, ianya diisi dengan aktiviti-aktiviti memasak, pertunjukan pentas, dan lain-lain.

Di bawah ini merupakan senarai aktiviti di pentas utama yang telah berlangsung selama 3 hari ini.

1. Pertunjukan Silat
2. Pertunjukan Musical
3. Aktiviti Pentas oleh Isuzu
4. Rancangan Memasak
5. Pertunjukan Musikal dari Orang Asli

 

6. Meet & Greet dengan Artis Antarabangsa; Justin Mott, Jaime Dempsey, Jasbir Kaur, Matt Preston, Horny Mike Henry dan Harith Iskandar.

 

Sahabat saya berkesempatan untuk bertemu dengan Harith Iskandar. Cemburunya saya..

OK, kita teruskan dengan aktiviti yang kedua.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Pop The Melon ~

 

Tidak percaya bahawa getah belacan boleh menyebabkan tembikai ini pecah, anda sudah semestinya boleh mencuba aktiviti ini dan merasainya dengan tangan anda sendiri.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Car Soccer ~

 

Dengan menggunakan kereta kawalan jauh, anda harus melanggar bola untuk masuk ke dalam gelanggang gol pihak lawan. Meskipun aktiviti ini hanyalah suka-suka, tetapi ianya agak sukar lebih-lebih lagi kesukaran untuk mengendalikan kereta tersebut.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Electronic Soccer Game ~

 

Permainan ini merupakan salah satu pusat tumpuan utama kepada mereka yang pakar didalam permainan Bola Sepak Electronik, FIFA 17.

Pemain-pemain yang hadir ke kawasan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan, untuk merangkul gelaran juara di HistoryCon Malaysia 2017.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Escape Room ~

 

Dengan masa yang diberikan, anda dikehendaki untuk keluar dari kawasan ini dengan menggunakan apa sahaja peralatan yang anda ada.

Dapatkah anda keluar, ataupun anda akan ketandusan masa di dalam penjara besi ini? Anda tentukan sendiri.. Cheewaahh~~


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Permainan Badminton ~

 

Bersukan dengan bermain badminton juga merupakan salah satu aktiviti yang disediakan oleh Kelab Badminton Kepong, terletak dibahagian kiri pintu masuk utama di Hall A.

Di sini, anda boleh bermain badminton dengan golongan-golongan elite dari Kelab Badminton Kepong. Sejujurnya, mereka memang hebat.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Rally Car Stunt Demo ~

 

Kepada peminat sukan Rally ini, anda pasti kenal kepada nama Karamjit Singh yang merupakan pemandu Rally bagi Team Proton suatu ketika dahulu.

Dengan durasi selama seminit bersama-sama Karamjit Singh, anda akan dibawa oleh beliau dengan memusing litar di bahagian luar dewan secara drift.

Confirm menjerit punya lah!!

**********

Di atas ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang upacara HistoryCon Malaysia 2017 ini. Memang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh rasai sendiri.

Untuk post yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda pameran-pameran barangan yang dpamerkan di HistoryCon Malaysia 2017 ini pula.

Ianya pasti membuatkan anda rasa kecewa jika anda tidak dapat menghadirkan diri disini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~

No comments:

Post a Comment