Monday 14 August 2017

HistoryCon Malaysia 2017 - Part 3 (Exhibition Hall Part A)

Pada post yang pertama dan kedua, saya banyak berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang berlangsung ketika HistoryCon Malaysia 2017 ini berlangsung samaada di Booth MAI mahupun aktiviti keseluruhan.

Sekiranya anda ingin tahu tentang perkara diatas, anda boleh klik link ini >Part 1< >Part 2<

 

Didalam bahagian yang ketiga ini pula, saya akan lebih berkongsi dengan anda semua barang-barang pameran yang dipamerkan di HistoryCon Malaysia 2017 ini.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - MasterChef ~

 

Demi mempromosikan rancangan baru MasterChef Australia Season 9, MasterChef dengan berbesar hati memberi peluang kepada pengunjung ke HistoryCon Malaysia 2017 ini pengalaman dan suasana ketika berada di dapur MasterChef.

Memang lain ketika berada di dapur MasterChef ini. Saya yang tidak selalu memasak ini tiba-tiba terasa hebat memasak bila berada di dapur MasterChef ini. Hahaha..


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Vintage Cars ~

 

Terdapat pameran kenderan yang lama malah sangat berharga. Di belakang saya terdapat hampir 10 buah kenderaan lama dan hampir kesemuanya jarang dijumpai di dalam Malaysia.

Apa yang menarik sekali, terdapat kereta Jaguar lama yang hanya ada sebuah sahaja di Malaysia. Memang seronok jika kita perhatikan perubahan dari segi reka bentuk kenderaan zaman 60-an dengan zaman sekarang.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Vikings Armor ~

 

Terdapat dua kawasan yang mempamerkan rekabentuk baju dan pakaian pada zaman dahulu kala; iaitu Zaman Vikings.

Kawasan yang pertama ini mempamerkan pakaian vikings yang dipakai oleh pelakon-pelakon yang berlakon di dalam cerita The Vikings, di siaran History Channel.

 

Kawasan yang kedua pula merupakan kawasan pemamer yang memamerkan barangan-barangan ala-ala vikings, dimana di booth ini anda berpeluang untuk memakai Helmet dan juga Perisai Badan dan Perisai Tangan.

Memang ianya satu pengalaman yang menarik bila dapat pakai peralatan sebegini.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Booth Orang Asli ~

 

Meskipun mereka digelar sebagai Orang Asli, tetapi mereka mempunyai bakat mengukir batang-batang kayu menjadi sebuah arca yang menarik.

 

Selain dari ukiran arca ini, terdapat juga peralatan-peralatan harian yang mereka gunakan didalam kehidupan seharian mereka yang terdiri daripada batu-batu.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Army Booth ~

 

Di booth tentera yang dibuka sewaktu HistoryCon Malaysia 2017, anda berpeluang untuk memegang senjata-senjata tentera dan merasai keberatan sebenar senjata tersebut.

 

Senjata yang dipamerkan juga terdiri daripada senjata dari zaman dahulu kala hingga ke senjata yang terkini. Saya sempat merasai bagaimana perasaan untuk memegang senjata yang digunakan oleh Penembak Tepat.

**********

Memang banyak peralatan-peralatan, arca-arca dan juga benda-benda menarik yang dipamerkan sepanjang 3 hari pameran HistoryCon Malaysia 2017 ini dilangsungkan.

Saya akan sambung dengan bahagian seterusnya pada post yang akan datang.

Sampai disini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment