Wednesday 3 May 2017

Monumen Park Kuala Terengganu Review - Part 5

Hi semua!

Selamat datang ke post yang ke-5 untuk siri Monumen Park Kuala Terengganu. Kepada sesiapa yang masih belum membaca post yang sebelumnya, boleh klik link ni: Part 1Part 2Part 3 dan Part 4.

 

Pada sesi kali ini, saya akan berkongsi kepada anda semua artifak-artifak yang ada di dalam Muzium dibawah Monumen Masjidil Haram pula.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Turban Hijau ~

 

Menurut kepada sejarah, turban hijau ini merupakan sala satu turban yang dipakai oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diperbuat daripada gabungan kain, kayu dan juga kabus (kapas).


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Al-Qur'an ~

 

Al-Qur'an yang terdapat di dalam muzium ini adalah di dalam bahasa Latin, dimana digunakan oleh orang Islam di Rome pada satu ketika dahulu.

Ini membuktikan bahawa bukan sahaja Umat Islam dapat menterjemahkan Al-Qur'an kedalam bahasa Latin, tetapi juga membuktikan bahawa kekuatan umat Islam yang dapat menawan Negara Rome yang sangat digeruni suatu ketika dahulu,


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Tokoh-Tokoh Islam ~

 

Banyak sejarah tokoh-tokoh Islam diletakkan di dalam Muzium ini, termasuk sekali replika senjata yang digunakan oleh setiap tokoh ini.

Sebagai contoh, Raja Fahd yang membawa perubahan yang besar didalam projek pengubahsuaian dan pembesaran Masjidil Haram yang ditaja sepenuhnya oleh beliau.

Contoh tokoh yang lain, yang dikongsikan didalam Muzium ini, adalah Abdul Mutalib yang merupakan datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w beserta sengan replika serban atau turban beliau.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Perdagangan ~

 

Arab pada suatu ketika dahulu terkenal dengan aktiviti perdagangan dan jual beli, sejak dari sebelum Zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Antara barangan yang dipamerkan didalam muzium ini adalah Minyak Atar, Rempah, dan lain-lain.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Pakaian ~


 

Berikut merupakan contoh pakaian yang dipakai oleh rakyat Arab Saudi, dimana pakaian yang dikenakan adalah berbentuk jubah labuh bagi kaum lelaki mahupun perempuan.

Terdapat banyak contoh-contoh rekabentuk emas dari Arab Saudi yang juga turut dipamerkan didalam muzium pameran ini.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Kain Penutup Pintu Kaabah ~


 

Ini pula merupakan replika kain yang mempunyai sulaman khat di dalam bahasa arab yang menjadi penutup pintu besar Kaabah di MAsjidil Haram.


Sampai disini sahaja perkongsian kami dari Muzium yang terakhir di Monumen Park Kuala Terengganu ni.

Kalau anda semua ingin tahu lokasi yang menarik untuk membeli souvenir, nantikan post saya yang terakhir yang mengisahkan pengalaman check-out kami sekeluarga dari Monumen Park ini.

Jumpa lagi di post yang lain~

Bubbyeee~

No comments:

Post a Comment